Quantcast
Channel: Sulaman Kerawang - Kelas Sulaman Mesin Online
Viewing all articles
Browse latest Browse all 244

Memperkasa Sulaman Kerawang Untuk Generasi Muda

$
0
0

Sulaman kerawang telah dipadankan dengan manik-manik agar sulamannya lebih menyerlah walaupun motif yang digunakan adalah motif yang mudah. Kadang kala sulaman kera hanya dijadikan sebagai sulur-sulur yang mudah untuk dipadankan dengan manik-manik yang menjadi trend pada fesyen 2011 ini.

Perkembangan Fesyen Sulaman Manik Memberi Kebaikan Kepada Industri Sulaman Kerawang.

Secara tidak langsung, perkembangan fesyen sulaman manik menjadi batu loncatan kepada industri sulaman kerawang di tanah air untuk bersama-sama menerajui fesyen sulaman terkini. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sulaman kerawang , motif-motif kerawang yang menjadi tarikan bagi mereka untuk dipadankan dengan sulaman manik.

Baju Pasang Siap Sulaman Kerawang Dipadankan Dengan Manik.

Ada juga yang membeli baju pasang siap bercorak sulaman kerawang dan hanya ditambahkan dengan rekaan sulaman manik ekoran tidak mahir menghasilkan sulaman kerawang. Walaupun pelbagai alternatif atau cara yang dibuat menjadikan sulaman kerawang kini sebagai satu industri fesyen yang diminati oleh golongan muda hari ini.

Namun, walaupun perkembangannya bagus dari mata kasar, ia merupakan satu perkara yang membimbangkan ekoran industri sulaman kerawang ini tidak lagi diwarisi oleh generasi muda di tanah air. Sebaliknya, ia menjadi satu industri yang besar di negara jiran seperti Indonesia, Thailand serta Vietnam. Itulah yang membimbangkan dalam usaha menaik tarafkan industri sulaman kerawang di Malaysia.

Kemahiran Sulaman Kerawang Harus Diwarisi Generasi Muda.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempromosikan sulaman kerawang ini, namun jika ia tidak diwarisi oleh generasi muda, ia ibaratnya seperti menyiram air di daun keladi sahaja kerana generasi muda kini lebih kepada pengguna daripada menghasilkannya sendiri.

Itulah sebabnya di Akademi Sulaman Sri Classic, kami mengadakan pembelajaran sulaman kerawang secara atas talian agar seiring dengan perkembangan teknologi. Dan ia sedikit sebanyak menarik perhatian generasi muda untuk mempelajari sulaman kerawang.

Pokok pangkalnya hanya minat yang mendalam sahaja dapat menjadikan sulaman kerawang ini hidup dalam diri generasi mudah masa ini.

Jumpa Lagi!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang dan Butik Sulaman Sri Classic Collection

Bengkel Sulaman Kerawang Online

Jom belajar dan kuasai sulaman kerawang


Viewing all articles
Browse latest Browse all 244